Uncle Kentang sokong Malar

Uncle Kentang di majlis Pelancaran Manifesto Malar di Pekan Rantau malam tadi.
Uncle Kentang di majlis Pelancaran Manifesto Malar di Pekan Rantau malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Kesungguhan yang ditonjolkan calon Bebas PRK DUN Rantau, R Malar membuatkan Calon Bebas PRK DUN Semenyih, Kuan Chee Heng atau dikenali Uncle Kentang menyokongnya.

Katanya, meskipun dalam keadaan serba kekurangan wanita itu tetap bersemangat untuk berkempen memenangi hati pengundi.

"Walau dalam keadaan kekurangan dana untuk berkempan tapi beliau tetap bersemangat. Saya terpanggil untuk sokongnya kerana sikap perjuangannya demi lihat kebaikan pada rakyat DUN Rantau.

"Kalau mana-mana individu yang mahu mengambil bahagian dalam sistem demokrasi negara dan mereka mahu menyuarakan suara rakyat, kenapa tidak saya sokong. Saya rasa kita harus bagi sokongan," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Manifesto Malar di Pekan Rantau malam tadi.

Beliau juga yakin wanita berkenaan mampu mengatasi jumlah undinya jika lebih bekerja keras dan diberi peluang oleh rakyat.

Namun katanya, beliau menjangkakan Malar akan hilang wang deposit kerana pengundi di negara ini masih memilih calon dari parti tertentu berbanding memilih calon Bebas.

"Walau macam mana baik sekalipun calon Bebas yang ditampilkan, tapi tren rakyat kita masih berpegang pada parti politik.

"Beri khidmat pada rakyat tidak perlu pada kedudukan. Kalau jadi YB tapi tiada hati, tak guna juga. Jadi saya rasa perlu untuk beri peluang pada calon Bebas,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu beliau turut menyatakan kesediaannya menerima jemputan mana-mana parti politik untuk berkempen.

Katanya, jika ia baik untuk rakyat, mengapa beliau mahu menolak untuk bekerjasama.

"Cuma ada sesetengah yg bertanding untuk diri sendiri, bukannya untuk rakyat," katanya.