'Balai Bomba Rantau sudah operasi'

Mohamad Hamdan (tengah) beramah mesra dengan pengamal media yang menerima pingat JBPM. Turut kelihatan, Pengarah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara(Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye(lima dari kanan).
Mohamad Hamdan (tengah) beramah mesra dengan pengamal media yang menerima pingat JBPM. Turut kelihatan, Pengarah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara(Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye(lima dari kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Balai Bomba dan Penyelamat Rantau telah mula beroperasi hujung bulan lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, buat masa ini balai berkenaan menempatkan seramai 10 anggota sementara dengan kelengkapan satu jentera dan kenderaan pelbagai guna(MPV).

"Balai bomba ini telah mula beroperasi hujung bulan lalu dan telah pun mula respon jika ada panggilan kecemasan.

"Jika sesuatu operasi dilakukan perlu bantuan, kita akan hubungi balai berhampiran," katanya ketika ditemui pada Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran JBPM di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab status Balai Bomba dan Penyelamat Rantau.

Menurutnya, balai bomba berkenaan dijangka akan beroperasi sepenuhnya November tahun ini dengan kekuatan 23 anggota.

"Seramai 1,100 anggota bomba baru akan menjalani latihan pada bulan Jun ini dan akan tamat pada bulan Oktober. Dalam kalangan mereka ini akan ditempatkan di sana," katanya.

Sebelum ini tular rakaman video calon PH PRK DUN Rantau, Dr S Streram mendakwa tiada Balai Bomba dan Penyelamat di Rantau.

Artikel Berkaitan:

Namun Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau berkata, rakaman video kenyataan beliau itu dibuat sebelum PRU14.

"Pada 25 Mac 2018 ada kebakaran rumah di Taman Bunga Sejati. Saya lawat rumah itu dan mendapati ada rumah tebakar sepenuhnya.

"Saya tanya penduduk berapa lama bomba tiba dan mereka kata lebih satu jam lebih. Kemudian saya pergi melawat balai bomba di Rantau dan mendapati ia seperti projek terbiar," katanya.

Beliau berkata, selepas mendapati tiada sebarang pergerakan di Balai Bomba dan Penyelamat tersebut, beliau memaklumkan perkara itu kepada pihak media.