MPKK jangan salah guna bantuan kerajaan

Abdul Yunus (tujuh, kiri) bersama sebahagian wakil MPKK dari lapan kampung di DUN Kuala Kurau selepas menyerahkan peralatan meja dan kerusi hari ini.
Abdul Yunus (tujuh, kiri) bersama sebahagian wakil MPKK dari lapan kampung di DUN Kuala Kurau selepas menyerahkan peralatan meja dan kerusi hari ini.
A
A
A

KUALA KURAU - Kerajaan Perak menasihatkan pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tidak menyalahgunakan sebarang bentuk sumbangan dan peruntukan kerajaan untuk tujuan kepartian sempit, sebaliknya perlu ditumpukan kepada aktiviti kemasyarakatan.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pelbagai bentuk bantuan disalur kerajaan negeri kepada MPKK termasuklah sumbangan khemah, kerusi, meja, komputer dan sebagainya.

Menurutnya, setiap bentuk sumbangan disalurkan perlu dimanfaatkan pengurusan MPKK bagi melaksanakan sebarang bentuk aktiviti kemasyarakatan dan keramaian kampung.

"Bagaimanapun, ingin saya menasihatkan semua pengurusan MPKK agar tidak menyalahgunakannya bagi tujuan politik termasuk penggunaan dewan orang ramai," katanya sewaktu ditemui media selepas program penyerahan kerusi dan meja di Pusat Komuniti Harapan di sini, hari ini.

Dalam program itu, sebanyak 150 meja dan 500 kerusi bernilai RM 32,500 disumbangkan kepada lapan pengurusan MPKK Dun Kuala Kurau.

Lapan kampung terlibat adalah Kampung Parit Tok Hin, Kampung Parit Sungai Melan, Kampung Sungai Burong, Kampung Kedai Dua,Kampung Parit Haji Napis, Kampung Jalan Pantai Lama, Kampung Jalan Pantai, Kampung Parit Tok Ngah dan tiga persatuan cina di Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

Abdul Yunus berkata, pihaknya berharap kemudahan diberikan dapat dijaga dengan sebaiknya.

"Saya turut menggalakkan pengurusan MPKK menjana tabung mereka dengan menyewakan kemudahan diberikan itu kepada penduduk untuk sebarang program keramaian dan aktiviti dengan kadar rendah ditetapkan setiap MPKK," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdul Yunus (tiga, kiri) menyempurnakan majlis penyerahan peralatan meja dan kerusi kepada lapan MPKK DUN Kuala Kurau.
Abdul Yunus (tiga, kiri) menyempurnakan majlis penyerahan peralatan meja dan kerusi kepada lapan MPKK DUN Kuala Kurau.