Tze Yong singkir juara dunia

Tze Yong - Foto Bernama
Tze Yong - Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terus mencipta sensasi bagi acara badminton Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mara ke separuh akhir acara individu dengan menumbangkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 15-21, 21-14, 21-11 di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham malam tadi.

Biarpun tewas pada set pertama, pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan kebangkitan dramatik pada dua set berikutnya bagi melakar kemenangan berkenaan.

Set pertama menyaksikan Tze Yong berjaya memberikan tentangan sengit kepada Kean Yew, namun akhirnya terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki Kean Yew apabila tewas 15-21.

Bagaimanapun, set kedua menyaksikan Tze Yong mula bangkit dengan mempamerkan aksi meyakinkan untuk menang 21-14 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, Tze Yong dilihat semakin bersemangat dengan berjaya memberikan saingan sengit kepada Kean Yew sebelum menang 21-11 bagi mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.