Lelaki 'sumbat' vape pada bayi terima kecaman

Tindakan seorang lelaki meletakkan pod pada mulut bayi tular di media sosial.
Tindakan seorang lelaki meletakkan pod pada mulut bayi tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang lelaki meletakkan ‘pod’ vape pada mulut bayi tular di media sosial dan mengundang kecaman warganet.

Berdasarkan perkongsian rakaman berdurasi 15 saat di Facebook, lelaki berkenaan didakwa sengaja meletakkan pod berkenaan pada mulut bayi yang berada di pangkuannya.

Walaupun tidak kelihatan asap yang dihembuskan, tetapi mulut bayi berkenaan seolah-olah cuba merasa sesuatu pada muncung pod itu.

Pelbagai komen diutarakan pengguna media sosial yang turut mendakwa tindakan lelaki tersebut seolah-olah mahu membahayakan kesihatan bayi berkenaan.

“Kandungan bahan kimia dalam cecair pod tersebut bahaya kepada kesihatan bayi yang berusia mungkin lima atau enam bulan itu.

“Ia boleh menyebabkan keracunan dan membawa kepada masalah kesihatan,” katanya.

Seorang pengguna media sosial bernama Puan Azimah meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap lelaki tersebut.

“Mungkin yang pangku anak kecil itu adalah bapanya berdasarkan kepada suara wanita yang memanggil lelaki berkenaan dengan gelaran ‘abi’.

“Elok kedua-dua individu itu ditangkap dan diberikan hukuman yang sepatutnya,” katanya.

Tidak kurang pandangan daripada Zulkifly Amirudin yang menyatakan bahawa usaha kerajaan melaksanakan Generasi Penamat Melalui Strategi Generational End Game (GEG) adalah tepat.

“Tolong selamatkan bayi ini. Sebab itu kita sokong pelaksanaan GEG ini,” katanya.