'Joe Ee kebanggaan Keluarga Malaysia' - Ismail Sabri

Tangkap layar ucapan tahniah Ismail Sabri kepada Joe Ee.
Tangkap layar ucapan tahniah Ismail Sabri kepada Joe Ee.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet gimrama negara, Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Sabtu.

"Ng Joe Ee yang baru berusia 16 tahun membanggakan negara dengan dua pingat emas. Anda kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Sabtu.

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben selepas merekodkan masing-masing 29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu.

Dua emas itu sekali gus membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: