Pakistan kutuk kekejaman Israel ke atas Palestin

Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel. - Foto Getty Images
Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel. - Foto Getty Images
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri, Pakistan Shehbaz Sharif pada Sabtu mengutuk keras serangan udara terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza sebagai 'tindakan keganasan'.

Menurut Shehbaz, tindakan Israel itu mencerminkan sikapnya yang biadab dan kejam kerana menyasarkan rakyat Palestin tanpa mempedulikan akibatnya.

"Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel," kata Perdana Menteri Pakistan itu.

Israel pada Jumaat membunuh 10 rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dalam serangan peluru berpandu di Semenanjung Gaza, yang digambarkan sebagai sebuah 'penjara terbuka' berikutan sekatan Israel.

Taysir Al Jabari, seorang pemimpin kumpulan Jihad Islam, adalah antara yang terbunuh. - Bernama