Clare hadir perbicaraan Najib, tapi...

Clare hampa apabila tidak dibenarkan masuk bagi mengikuti perbicaraan kes Najib. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown turut hadir ke Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang hadir ke aras lima di mana kamar perbicaraan berlangsung bagaimanapun hampa apabila tidak dibenarkan masuk.

Clare tidak dibenarkan masuk oleh polis yang bertugas di pintu mahkamah lantaran tidak memiliki pas khas.

Ketika ditanya media mengenai tujuan kehadirannya hari ini , Clare berkata, beliau datang untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perbicaraan kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Najib jadi tumpuan utama hari ini

"Saya fikir saya hendak mengetahui maklumat yang lebih lanjut, dan saya hadir tujuannya seperti juga kamu (merujuk kepada pemberita)," katanya ringkas kepada media, di sini, hari ini.

Beliau kemudiannya turun ke lobi mahkamah.

Sebelum itu, Najib hadir sekitar jam 2 petang bersama penyokong beliau di mahkamah, di sini.

Perbicaraan kes kini sedang berlangsung.

Najib, 65, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap tujuh pertuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia