Tiga pengawal keselamatan positif dadah ditahan

Antara dadah yang dirampas pihak polis dan bungkusan air ketum yang turut dirampas polis.
Antara dadah yang dirampas pihak polis dan bungkusan air ketum yang turut dirampas polis.
A
A
A

PARIT - Tiga pengawal keselamatan sekolah antara 111 individu yang ditahan pasukan polis Daerah Perak Tengah kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sepanjang bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek itu berusia 21 tahun dan 27 tahun diberkas 27 Mac lalu selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Ketiga-tiga pengawal keselamatan ini didapati positif dadah selepas menjalani pemeriksaan saringan air kencing yang dilakukan.

"Bagaimanapun pemeriksaan badan ke atas ketiga-tiga mereka tidak menemui barang terlarang selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zainal
Zainal

Tambahnya, kertas siasatan terhadap ketiga-tiga lelaki itu dibuka mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Dalam operasi itu juga kita telah menangkap seorang penjawat awam yang merupakan pemandu sebuah jabatan kerajaan dan seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

"Kedua-dua mereka masing-masing disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohamad Zainal, dalam operasi itu, pihaknya berjaya merampas dadah dianggarkan bernilai RM5,183 melibatkan 16.6 gram dadah jenis heroin, 27 gram syabu, 0.45 gram ganja, 5.5 liter air ketum dan daun ketum seberat 15 kilogram.