Tawar gaji RM344,882 untuk jawatan tukang rasa gula-gula

Calon yang mengisi jawatan itu nanti hanya perlu merasai lebih 3,500 gula-gula termasuk meluluskan produk yang dikeluarkan syarikat. - Foto Agensi
Calon yang mengisi jawatan itu nanti hanya perlu merasai lebih 3,500 gula-gula termasuk meluluskan produk yang dikeluarkan syarikat. - Foto Agensi
A
A
A

MONTREAL - Percaya atau tidak, sebuah syarikat yang berpangkalan di Kanada menawarkan jawatan Ketua Pegawai Gula-Gula dengan gaji tahunan sebanyak CAN$100,000 (RM344,882).

Lebih 'manis' calon yang berjaya mengisi jawatan itu diberi pilihan untuk masuk ke pejabat atau bekerja terus dari rumah.

"Kami sedang mencari Ketua Pegawai Gula-gula yang pertama dan satu-satunya di dunia!

"Tugasnya mudah. Anda hanya perlu merasai lebih 3,500 gula-gula termasuk meluluskan produk yang dikeluarkan syarikat," kata jurucakap Candy Funhouse, Vanessa Janakijevski-Rebelo kepada AFP.

Tambahnya, tawaran tersebut dibuka kepada calon berusia seawal lima tahun dan ke atas yang tinggal di Amerika Utara.

Setakat ini, syarikat itu memaklumkan bahawa ia telah menerima lebih 100,000 permohonan dalam masa dua minggu di halaman LinkedIn Candy Funhouse. - AFP