Drama hebat Nur 2 turut disiarkan di iflix

Poster Nur 2
Poster Nur 2
A
A
A
DRAMA Nur 2 yang telah mula ditayangkan semalam di TV3, kini turut disiarkan di iflixFREE dan iflixVIP.

Nur 2 merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin yang juga dibarisi oleh pelakon Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Atiq, Eyra Haazli, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar. Drama siri ini akan disiarkan empat hari seminggu bermula pada Rabu, 3 April di iflixFREE dan iflixVIP, ekspres daripada TV3, 2 jam selepas siaran televisyen.

Pengarah Global Produksi Originals, Mark Francis berkata, Nur di TV3 yang terbukti popular membuatkan iflix ingin bekerjasama dengan Primeworks Distribution dalam menghasilkan Nur musim kedua.

"Co-produksi ini akan membantu Nur2 untuk mendapat lebih ramai penonton, membolehkan peminat di Malaysia untuk menyaksikan drama ini di peranti mereka secara percuma, 2 jam selepas siaran televisyen, ataupun boleh disaksikan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini juga merupakan contoh terbaik bagaimana syarikat OTT seperti iflix dapat menjadi pelengkap kepada televisyen tradisional dan membina francais drama tempatan," katanya.

No Image Caption

Sementara itu, bagi Pengurus Primeworks Distribution, Lyn Nasihin, mereka percaya dengan kerjasama antara Primeworks Distribution dan iflix menandakan sebuah kolaborasi yang penting.

"Sebagai pengedar kandungan, kami amat mengutamakan aksesibiliti kandungan kami kepada seluruh penonton menerusi semua saluran, melalui saluran TV mahupun saluran OTT. Melihat Nur musim 1 disambut dengan baik sudah tentu kami ingin meluaskan jangkauan penonton untuk musim kedua. Primework Distribution berbesar hati untuk memainkan peranan dalam mengembangkan aksesibiliti rancangan kami.” katanya.

Nur 2 dijangka akan mengikuti jejak kejayaan Nur yang meraih sejumlah 11 juta peminat untuk menonton drama siri hebat ini.

Drama siri in mengisahkan tentang kisah cinta seorang anak pencerah, Adam (Syafiq Kyle), dan seorang perempuan lorong, Nur (Amyra Rosli). Drama ini menyentuh tentang isu agama, golongan munafik dan perihal taubat, yang menjadikan Nur sebuah drama yang menjadi buah mulut masyarakat dan merupakan drama Melayu paling kontroversi 2018. Kesemua 19 episod Nur musim 1 kini di iflix, percuma untuk di strim dan muat turun.

Artikel Berkaitan:

Pada musim ini, Nur 2 menjanjikan lebih debaran dan lebih drama yang akan mencuri hati penonton. Mengambil tempat selepas perkahwinan Adam dan Nur, Juita (Azar Azmi), kenalan lama Nur, menagihkan pencerahan yang sama seperti Nur menerusi suaminya. Hal ini mendorong Juita untuk menggunakan godaan demi memenangi hati Ustaz Adam. Nur 2 akan lebih menyentuh tentang tema kesetiaan, kepercayaan dan pengkhianatan, yang akan membuatkan penonton tidak senang duduk dengan skandal ini.

Nur memenangi anugerah drama terbaik, manakala Syafiq dan Amyra pelakon utama Nur masing-masing memenangi pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik di Anugerah Skrin 2018.