PDRM terus memperhebat usaha banteras dadah

Mohamad Fuzi menyempurnakan perasmian pancaragam zon selatan PDRM Kontinjen Johor.
Mohamad Fuzi menyempurnakan perasmian pancaragam zon selatan PDRM Kontinjen Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperhebatkan usaha membanteras penyalahgunaan dadah secara maksimum dari semasa ke semasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan dadah kerana enggan negara ini, dijadikan pusat pengedaran dan transit bahan terlarang itu.

"Kita tidak mahu menjadikan negara kita pusat pengedaran dan pusat transit dadah sama ada dari dalam ataupun luar yang melibatkan rakyat negara kita.

"Kita akan terus memperhebatkan usaha untuk mengurangkan bekalan dan pengedaran dadah di negara kita secara maksimum pada setiap masa dan ketika," katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pancaragam Zon Selatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di sini hari ini.

Ditanya mengapa Johor seperti menjadi pusat pengedaran mahupun transit dadah terbesar susulan rampasan 2.06 tan syabu baru-baru ini, Mohamad Fuzi berkata, kenyataan itu tidak benar.

"Bukan Johor (sahaja), banyak lagi, jadi kalau kita kata Johor sahaja jadi pusat, saya rasa tak tepat.

"Banyak negeri yang kita beri fokus, kita sudah beri arahan-arahan khusus untuk menangani isu ini.

"Apa yang dirampas di Johor baru-baru ini, adalah sebahagian daripada usaha kita mengekang... tapi nak kata Johor ini jadi pusat pengedaran dadah terbesar, amat tidak tepat sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: