Cuaca La Nina

A
A
A

Awan tebal mula terbentuk melitupi kawasan laut China Selatan dan mulai hujan di beberapa kawasan sempat dirakam fotoBernama di pesisir pantai Labuan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawangnya melaporkan keadaan La Nina sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Pada masa ini, kelembapan udara rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil sekaligus kurangnya pembentukan awan hujan.

Bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir disebabkan oleh fenomena garis badai (squall kine) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.

Artikel Disyorkan