Nasib graduan undang-undang Usim dipersoal

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mempersoalkan nasib graduan lulusan undang-undang Fakulti Undang-undang dan Syariah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang sehingga kini masih belum diterima menjadi peguambela dan peguamcara.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku sedangkan graduan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pun sudah boleh menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

"Lulusan undang-undang Fakulti Undang-Undang dan Syariah Usim yang merupakan sebuah universiti awam masih belum boleh diterima menjadi Peguambela dan Peguamcara seperti mana lulusan universiti awam yang lain.

"Lulusan UEC dah boleh ambil CLP dan boleh jadi peguambela dan peguamcara," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Sebelum ini Ketua Peguam Negara, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior MIddle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan bagi menduduki CLP.

Bagaimanapun, kenyataan itu telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan: