Pesara tentera maut selepas joging

No Image Caption
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang pesara tentera ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas berjoging di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun berhenti berehat di tempat duduk penonton.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia melihat mangsa berjoging dan membuat lima kali pusingan di trek stadium itu.

"Masa saya nak balik, saya tengok mangsa dalam keadaan terbaring dan kepalanya terkulai layu.

"Saya bergegas ke arah mendiang dan mendapati dia sudah tidak bernyawa lagi," katanya yang terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, mangsa yang menetap di Hutan Melintang, Perak, baru sahaja bersara dua bulan lalu.

"Saya terkejut bila dihubungi saksi kejadian memaklumkan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.