KPDNHEP sita beg tangan tiruan

Azizan (tengah) menunjukkan sebahagian beg tangan wanita tiruan yang dirampas pihaknya dalam operasi penguatkuasaan semalam. - Foto ihsan KPDNHEP
Azizan (tengah) menunjukkan sebahagian beg tangan wanita tiruan yang dirampas pihaknya dalam operasi penguatkuasaan semalam. - Foto ihsan KPDNHEP
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyita 1,334 unit beg tangan wanita tiruan jenama antarabangsa dalam satu operasi di sebuah pasar raya di Klang tengah hari, semalam.

Operasi jam 12.30 tengah hari itu, dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Selangor hasil maklumat dan risikan yang telah dijalankan sebelum ini.

Ketua Penguat kuasa Negeri KPDNHEP Selangor, Azizan Abdullah berkata, operasi ke atas empat premis di sebuah pasar raya itu telah menghasilkan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 38,063.

"Hasil siasatan mendapati barang tiruan berkenaan dibawa masuk dari China untuk dipasarkan di kawasan Lembah Klang.

"Sehubungan itu, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan seolah-olah barang-barang itu tertakluk kepada apa-apa hak yang berhubungan dengan cap dagangan berdaftar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azizan lagi, jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi individu, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu.

Artikel Berkaitan: