Jamuan makan langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya

Penduduk yang hadir dihidangkan dengan jamuan nasi lemak. - Foto Sinar Harian Adam Amir Hamzah
Penduduk yang hadir dihidangkan dengan jamuan nasi lemak. - Foto Sinar Harian Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Jamuan makan yang disediakan dalam program bersama masyarakat di Taman Sri Ramai malam tadi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Pann berkata, kesalahan di bawah Seksyen 8 akta itu tidak hanya terhad terhad kepada calon dan ejen, malah sesiapa saja yang menyediakan makanan, minuman dan lain-lain.

"Dalam kes ini, penganjur yang telah melakukan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk hadir ceramah dijamu makan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penduduk yang menghadiri program di Taman Sri Ramai malam tadi dijamu dengan hidangan nasi lemak.

Selain calon PH, Dr S Streram, program turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan PKR.

Menurut Anwar, program itu merupakan anjuran NGO dan beliau hadir atas jemputan.

"NGO jemput dan kena tanya mereka mengapa buat jamuan.Calon pun hadir? Itu kena tanya NGO tersebut, saya datang atas jemputan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, wakil penganjur menyatakan jamuan itu dikelolakan penduduk sekitar Taman Sri Ramai dan dibantu pemimpin PKR peringkat cabang.

Dia turut memberikan alasan jamuan diadakan sebagai menghargai tetamu yang datang dari jauh dan tidak menggunakan duit calon.