Sila log masuk terlebih dahulu.

Serpihan roket China ditemui di kampung Indonesia

Serpihan roket Long March 5B yang ditemui di sebuah kampung di Indonesia baru-baru ini. - Foto Instagram
Serpihan roket Long March 5B yang ditemui di sebuah kampung di Indonesia baru-baru ini. - Foto Instagram
A
A
A

JAKARTA - Satu serpihan kepingan logam ditemui di luar perkampungan Indonesia dipercayai dari roket angkasa lepas China baru-baru ini.

Serpihan itu dipercayai dari roket Long March 5B yang menjunam ke bumi padai Ahad lalu.

Pegawai-pegawai Indonesia kemudian menemui serpihan yang hangus pada Isnin selepas penduduk Pengadang, Kalimantan Barat melaporkan mereka mendengar deruan kuat dari langit sekitar tengah malam waktu tempatan.

Kawasan itu kini ditutup kepada orang ramai kerana bimbang logam itu mempunyai radioaktif.

Objek itu berukuran 4.8 meter panjang dan 2.1 meter lebar serta kelihatan ringan kerana satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bujang dapat mengambilnya dari tanah.

Jonathan McDowell iaitu seorang ahli astrofizik di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, memberitahu DailyMail.com: bahawa tidak syak lagi ia adalah sebahagian daripada roket China.

Roket Long March 5B dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. - Agensi

Artikel Berkaitan: