Amirudin dilantik Pengerusi MPN Selangor

Anwar (duduk, empat dari kanan) bergambar ketika mesyuarat bersama Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan yang diadakan pada petang Rabu.
Anwar (duduk, empat dari kanan) bergambar ketika mesyuarat bersama Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan yang diadakan pada petang Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang baharu.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Rafizi Ramli pula diumumkan menjadi Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dipersetujui kesemua Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam satu mesyuarat yang diadakan pada petang Rabu.

“Saya percaya pelantikan ini akan dapat membantu PKR mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

PKR baru sahaja menyelesaikan proses pemilihan kepimpinan baharunya pada Julai lalu.