4 rumah setinggan hangus

Empat rumah setinggan musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
Empat rumah setinggan musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat daripada lapan buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Usaha Jaya, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba Larkin, Timbalan Penguasa Bomba Suhaimi Jamal berkata kejadian itu melibatkan 16 orang penghuni namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Terdapat lapan buah rumah yang terlibat dimana empat buah rumah musnah sepenuhnya manakala empat buah rumah lagi terjejas di bahagian dapur.

"16 penghuni terlibat dalam kejadian ini namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kesemua mangsa yang terlibat akan ditempatkan di Balai Raya Usaha Jaya, Skudai Kiri.

"Kami terima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 2.08 pagi dan seramai 41 pegawai dan anggota dikerahkan dari tiga balai iaitu BBP Larkin, BBP Tebrau dan BBP Skudai.

"Dengan lapan buah jentera dan dua buah EMRS. Operasi tamat jam 4.47 pagi tadi," katanya.

Lima rumah musnah dijilat api Tindakan seorang anak mengejutkan ibu bapanya yang sedang nyenyak tidur menyelamatkan...

Artikel Berkaitan:

Posted by Sinar Harian Edisi Johor on Wednesday, April 3, 2019