X

Kindly register in order to view this article
!

Polis terima laporan insiden tembakan di West Auckland

Polis West Auckland menerima laporan berlaku insiden tembakan awal pagi tadi.
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Pasukan polis West Auckland dilapor menerima panggilan berlaku insiden tembakan dan berunding dengan seorang lelaki yang dikatakan mengurung diri dalam sebuah rumah.

Laporan diterima menyatakan, kedengaran bunyi tembakan di kawasan Glen Eden selepas jam 10 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Anggota polis khas daripada Armed Offenders Squad (AOS) telah dikerah ke lokasi sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebahagian dari kawasan West Coast Red berhampiran Glendale ditutup kepada orang ramai untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Sebuah sekolah rendah dan pusat jagaan kanak-kanak di kawasan berhampiran turut diarah tutup ekoran insiden terbabit, namun arahan penutupan ditarik balik tidak lama kemudian.

Sementara itu, seorang pekerja pembaikan yang bekerja berhampiran lokasi insiden berkata, dia mendengar pihak AOS mengarahkan lelaki yang mengurung diri agar menyerah diri.

New Zealand yang digemparkan serangan pengganas di Christchurch pada 15 Mac lalu kini meningkatkan tahap keselamatan negara bagi mengelak insiden sama berulang lagi. - NZ HERALD


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus