Ada pengundi keliru logo PH

Anwar dalam program bersama masyarakat India Kuala Sawah di Taman Sri Ramai, malam tadi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Anwar dalam program bersama masyarakat India Kuala Sawah di Taman Sri Ramai, malam tadi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Masih ada penduduk Rantau yang keliru dengan penggunaan logo PH bagi mewakili calonnya, Dr S Streram dalam PRK DUN Rantau.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri pernah menerima pertanyaan penduduk mengenai logo PKR yang tidak lagi digunakan dalam mana-mana PRK.

"Ada seorang penduduk tanya saya, mata (logo PKR) mana? Dia mahu simbol mata.

"Jadi kita kena terang kepada rakyat supaya faham kerana mereka lebih biasa dengan mata. Tapi saya dah arahkan jentera untuk besarkan logo PH di risalah-risalah," katanya kepada media selepas program bersama masyarakat India Kuala Sawah di Taman Sri Ramai, di sini, malam tadi.

Pada PRU14, PH yang terdiri daripada empat parti sepakat menggunakan hanya satu logo iaitu logo PKR.

Bagaimanapun, selepas bergelar kerajaan, PH mengumumkan untuk menggunakan logo gabungan itu dalam semua pilihan raya bermula di PRK DUN Balakong dan DUN Seri Setia.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Sementara itu, ditanya mengenai Streram yang masih kurang dikenali penduduk, Anwar berkata, tidak wajar membandingkannya dengan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sudah 15 tahun menjadi wakil rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Streram dah buat kerja banyak, sebelum dan selepas PRU14 memang dia turun padang. Saya sendiri meminta laporan dari beliau setiap minggu

"Mungkin tidak dapat sampai kepada semua orang di sini untuk banding 15 tahun Tok Mat,” katanya.