Ekonomi tak menentu penyebab rakyat tolak BN

Akmal ketika bercakap dalam Program Wacana Ke-99 anjuran Sinar Harian bertajuk ‘Pas-UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik’ di Dewan Karangkraf, semalam. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Akmal ketika bercakap dalam Program Wacana Ke-99 anjuran Sinar Harian bertajuk ‘Pas-UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik’ di Dewan Karangkraf, semalam. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika pemerintahan BN sebelum PRU14 menjadi penyebab rakyat memilih PH.

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perpecahan undi antara UMNO dan Pas bagi pengundi Bumiputera turut menjadi ruang PH memenangi PRU14 lalu.

“Kembali kepada asas apa rakyat nak. Nak ekonomi baik, solusi lebih baik, kos sara hidup tinggi dan kenapa rakyat beri PH pimpin negara? Kerana ekonomi tidak menentu ketika itu.

“Dan terima kasih pada Pas kerana memecahkan undi Bumiputera tersebut dan memberi peluang PH menang,” katanya dalam Program Wacana Ke-99 anjuran Sinar Harian bertajuk ‘Pas-UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik’ di Dewan Karangkraf, semalam.

Menurutnya, kenyataan pemimpin atasan Pas yang menyatakan sesiapa menolak kerjasama UMNO dan Pas adalah Yahudi juga seperti tiada konklusi bagi kerjasama tersebut.

“Risau apabila akar umbi (UMNO-Pas) ikut perkembangan politik agama dan bangsa ini, yang sampai pada akar umbi lain jadinya,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: