Batal hasrat bertanding kerana nasihat

Hazan yakin calon PH, Dr S Streram boleh menang dalam PRK Rantau 13 April ini. - Foto Sinar Harian
Hazan yakin calon PH, Dr S Streram boleh menang dalam PRK Rantau 13 April ini. - Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Sebelum penamaan calon PRK DUN Rantau, dua individu mengaku mahu bertanding sebagai calon Bebas.

Namun, kelibat individu berkenaan iaitu Tandiko Dalusin yang merupakan ahli Amanah dan ahli PKR, Hazan Khalid, 52, tidak muncul pada hari penamaan calon.

Hazan ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia bukannya melarikan diri atau sengaja mencari publisiti dengan membuat cerita mahu bertanding Bebas.

Sebaliknya peniaga itu berkata, keputusan itu berubah pada saat akhir selepas dinasihat oleh rakan Ketua Cabang.

"Saya memang nekad bertanding dan telah ada pencadang dan penyokong untuk datang bersama pada hari penamaan.

"Tapi selepas saja cerita saya mahu bertanding Bebas dilaporkan Sinar Harian, ramai kawan-kawan telefon mahu jumpa dan nasihatkan saya supaya jangan lupa semangat perjuangan bersama parti, " katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak pernah terlintas mahu membelakangi parti, tetapi hanya kesal kerana merasakan kepimpinan tidak mengambil kira pandangan akar umbi mengenai pemilihan calon.

Namun beliau mengaku hampir tersilap buat keputusan dan mengesalinya kerana terlalu ikut emosi.

Artikel Berkaitan:

"Pandangan saya, calon PH, Dr S Streram boleh menang. Tapi kena kerja keras.

"Tapi jika Streram kalah pada PRK ini, pucuk pimpinan PKR negeri perlu bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu usaha Sinar Harian menghubungi Tandiko tidak berhasil.