Rusia bina pusat latihan penerbangan di Venezuela

Sebuah pesawat tentera Ilyushin Il-62M milik Rusia yang dihantar ke Venezuela minggu lalu ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar.- Foto AFP
Sebuah pesawat tentera Ilyushin Il-62M milik Rusia yang dihantar ke Venezuela minggu lalu ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar.- Foto AFP
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Rusia dilapor membuka sebuah pusat latihan di Venezuela bagi membantu juruterbang negara berkenaan menerbangkan helikopter tentera buatan Moscow.

Menurut syarikat konglomerat Rostec, pusat latihan itu dilancarkan Khamis minggu lalu, hari sama Rumah Putih memberi amaran kepada Rusia dan negara lain yang menyokong Presiden Nicolas Maduro agar tidak menghantar bantuan ketenteraan ke Venezuela.

Pusat latihan yang dibuka dengan kerjasama syarikat pembuat senjata Venezuela CAVIM, bertujuan mengajar juruterbang negara itu menerbangkan helikopter tentera, Mi-35M.

Rusia yang sebelum ini menghantar pesawat tentera dan kereta kebal ke Caracas, menepis dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa pembinaan pusat latihan itu akan menggugat keselamatan serantau.

Terdahulu, Presiden AS Donald Trump mengarahkan Rusia segera keluar dari Venezuela, selain menyatakan kesediaan melakukan apa sahaja demi menyokong Presiden Maduro yang ditentang pemimpin pembangkang Juan Guaido. - BBC

Artikel Berkaitan: