PH lebih minat bantu rakyat dari cakap isu perkauman

Akmal Nasir. -Foto Sinar Harian Rosli Talib
Akmal Nasir. -Foto Sinar Harian Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir menyifatkan kerjasama Pas-UMNO akan mewujudkan beberapa masalah apabila kedua-dua parti tersebut sering memainkan isu agama dan perkauman terhadap PH.

Menurutnya, walaupun kerjasama itu sedikit sebanyak membantu dalam perdebatan dalam isu-isu semasa, namun ia akan memberi kesan lebih luas.

“Dulu contohnya apabila UMNO bersuara, Pas akan melawan. Pas bersuara, UMNO akan melawan, tetapi bila dua-dua sentuh isu agama dan bangsa, ini yang kita risaukan.

“Jadi pada pandangan saya, gabungan itu akan menimbulkan beberapa masalah lebih-lebih lagi sudah hampir pada pilihan raya,” katanya.

Selain itu Akmal berkata, kerajaan PH lebih berminat untuk memperkenalkan skim-skim yang membantu rakyat daripada hanya memainkan isu-isu perkauman dan agama.

"Pandangan saya, rakyat di luar sana mahu tahu soal ekonomi, soal bagaimana nak perbaiki keadaan dan mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilihat ketika (pentadbiran BN) AES kontraknya berat sebelah.

“Selain itu, lihat pada pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini apabila kerajaan PH berjaya menjimatkan RM805 juta dalam pembangunan. Hasil penjimatan itu, sebahagian akan disalurkan kepada skim yang rapat pada rakyat terutama mereka yang memerlukan.

“PH tidak mahu melawan semula isu-isu tersebut yang dimainkan oleh UMNO dan Pas kerana ia tidak akan dapat membantu kehidupan rakyat di luar sana,” katanya. Tambahnya, kerajaan PH kini lebih terbuka dan mengambil pandangan daripada semua pihak.

Artikel Berkaitan:

“Memang mandat telah diberikan kepada Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan bila dimainkan soal isu siapa transisi dan sebagainya, ia hanya ingin mengalih daripada keadaan sebenar, yang bagi saya komen yang diberikan itu tidak membina.

“Sebagai contoh isu ekonomi dan perkauman, itu komen mereka (UMNO-Pas) untuk membina dan membuka jaringan lebih baik, bagi saya itu tidak menjadi masalah.

Cuma apa yang terjadi, asyik salah-menyalahkan sehingga timbulkan isu sentimen kaum dan agama, ia tidak akan ada jalan penyelesaian,” jelasnya.Rakyat mahu ekonomi yang lebih baik

"Kembali kepada asas apa yang rakyat hendak. Rakyat mahukan ekonomi yang baik dan solusi kepada kos sara hidup tinggi. Dulu kenapa rakyat beri PH pimpin negara?

"Kerana ekonomi tidak menentu ketika itu. Tidak ketinggalan, terima kasih pada Pas kerana memecahkan undi Bumiputera tersebut dan memberi peluang PH menang," katanya.