Guru tergamak racun murid sendiri

Kanak-kanak di tadika terbabit dikejarkan ke hospital selepas menunjukkan simptom muntah-muntah dan pengsan.
Kanak-kanak di tadika terbabit dikejarkan ke hospital selepas menunjukkan simptom muntah-muntah dan pengsan.
A
A
A

BEIJING - Seramai 23 murid tadika terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mereka diracun guru mereka sendiri dalam kejadian di tengah China pada minggu lalu.

Guru tersebut dipercayai cuba untuk membalas dendam terhadap rakannya selepas mereka terlibat dalam satu pertengkaran.

Media tempatan melaporkan dia mencampurkan natrium nitrit sejenis bahan kimia tambahan yang biasa digunakan untuk mengawet daging ke dalam bubur disediakan untuk kesemua murid di tadika Meng Meng terbabit.

Kesemua mereka kemudiannya dilaporkan jatuh sakit selepas menunjukkan simptom muntah-muntah dan pengsan sejurus menikmati menu sarapan pagi.

Susulan kejadian itu, guru terbabit telah ditahan pihak berkuasa selepas siasatan awal menemui bahan kimia itu pada paras yang tinggi.

Difahamkan, tadika itu telah ditutup sementara dan kumpulan kanak-kanak tersebut turut dipindahkan ke pusat taman didikan yang lain. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: