Penduduk 70 kampung diarah pindah

Sekurang-kurangnya 45 maut dalam kejadian banjir di Iran sejak dua minggu lalu.
Sekurang-kurangnya 45 maut dalam kejadian banjir di Iran sejak dua minggu lalu.
A
A
A

TEHERAN - IRAN. Pihak berkuasa Iran mengarahkan pemindahan penduduk di kira-kira 70 perkampungan berhampiran sungai Dez dan Karkheh di wilayah Khuzestan susulan risiko banjir yang semakin meningkat.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 45 terkorban sejak dua minggu lalu selepas hujan lebat berterusan dan banjir menjejaskan 23 daripada 31 wilayah di negara itu.

Arahan berpindah itu dibuat selepas Menteri Luar, Javad Zarif mendakwa sekatan Amerika Syarikat (AS) menghalang usaha bantuan ke kawasan terjejas.

"Ini bukan hanya peperangan ekonomi, ia adalah keganasan ekonomi," katanya menerusi Twitter.

Sekatan ke atas Teheran berkuatkuasa selepas Presiden Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear bersama negara itu pada tahun lalu.

Difahamkan, puluhan ribu penduduk telah kehilangan tempat tinggal dan kebanyakan daripada mereka ditempatkan di pusat penempatan kecemasan. - BBC

Artikel Berkaitan: