Dua beradik maut kereta bertembung lori

Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas mengorbankan dua mangsa, hari ini.
Keadaan kereta yang terbabit dalam nahas mengorbankan dua mangsa, hari ini.
A
A
A

GERIK - Dua beradik maut selepas kereta dinaiki bersama dua yang lain hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori di KM16.9 Jalan raya Timur Barat Fasa II Gerik-Kupang, hari ini.

Kejadian sekitar jam 3.30 petang itu menyebabkan, Wong Hong Yie, 26, dan adiknya, Wong Hong Chuan, 19, maut di tempat kejadian.

Dua lagi penumpang kereta iaitu adik mangsa, Wong Hong Yau, 22, mengalami kecederaan di kedua-dua kaki sementara bapa saudara dikenali Lim Khem Guan, 42, cedera di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Honda Accord dinaiki empat sekeluarga itu dipandu laju sebelum terbabas.

Menurutnya, Kereta itu kemudiannya masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebelah kanan sebuah lori yang datang dari arah Kupang ke Gerik.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang bahagian belakang kereta maut di tempat kejadian sementara dua lagi cedera parah.

"Pemandu lori berusia 48 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa maut telah dihantar ke Hospital Gerik sementara yang cedera menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.