Pilih calon PH, perjuang prinsip keadilan: TPM

Dr Wan Azizah (tiga, kiri) mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah di Kampung Kuala Sawah ketika berkempen sempena PRK DUN N27 Rantau hari ini. Turut hadir calon PH Dr S Streram (tiga, kanan). -Foto Bernama
Dr Wan Azizah (tiga, kiri) mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah di Kampung Kuala Sawah ketika berkempen sempena PRK DUN N27 Rantau hari ini. Turut hadir calon PH Dr S Streram (tiga, kanan). -Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap pengundi di DUN Rantau akan memberi kemenangan kepada calon PH Dr S. Streram sekaligus memberi majoriti lebih besar pada PRK 13 April ini.

Beliau berkata, pengundi perlulah membuat keputusan bijak dan tidak mengecewakan calon PH yang berjuang atas prinsip menegakkan keadilan.

"...sebab dia (Streram) gigih melawan segala ketidakadilan dia pergi mahkamah dan dia menang di mahkamah. Jadi menang di mahkamah biarlah dia menang dalam PRK juga tetapi mestilah diundi tuan-tuan..Harap pengundi DUN Rantau tidak kecewakan seorang yang berjuang atas dasar prinsip nak tegakkan keadilan

"Undi Rantau memberikan satu impak yang begitu penting dan bermakna untuk kami di PH," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Pengundi Mambau di sini hari ini.

PRK Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah menyeru rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan PH dalam usaha memperbetulkan negara sekaligus memberi satu perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat.

"Kita baru sahaja nak masuk setahun yang sana nak masuk 60 tahun, berilah peluang itu kita mahukan," katanya.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang singgah di Masjid Kariah Kampung Sega untuk menunaikan solat Maghrib turut meluangkan masa melawat dua keluarga di Kampung Mambau iaitu keluarga pesakit diabetes, Abu Bakar Omar, 73, dan pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ibrahim Khamis, 66 tahun.

Artikel Berkaitan:

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah. -Bernama