Parti Erdogan bantah keputusan pilihan raya

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada parti pimpinan AKP. - Foto: AFP
Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada parti pimpinan AKP. - Foto: AFP
A
A
A

ISTANBUL - TURKI. Parti pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memutuskan untuk mengemukakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya tempatan di kesemua 39 daerah di Istanbul, menurut akhbar Hurriyet, hari ini.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dilaporkan kehilangan kawalan ke atas dua bandar terbesar, Istanbul dan Ankara dalam keputusan mengejutkan yang turut memberi tamparan hebat kepada Erdogan.

Ia menegaskan akan menggunakan hak mereka untuk menolak keputusan tersebut yang didakwa berlaku penyelewengan undi.

Ketidakpastian itu telah menyebabkan mata wang lira menjadi lemah sebanyak dua peratus berbanding dolar atas kebimbangan terhadap ketegangan baharu dengan Amerika Syarikat selepas ia menggantung penghantaran peralatan dikaitkan dengan jet pejuang F-35 ke Turki.

Di Istanbul, calon datuk bandar parti pembangkang, Parti Rakyat Republikan (CHP), Ekrem Imamoglu dilaporkan mendahului bekas perdana menteri, Binali Yildrim daripada parti AKP dengan kira-kira 25,000 undi. - Reuters

Artikel Berkaitan: