Hadiah kilauan emas pertama, badang negara dibanjiri ucapan tahniah

Emas pertama...Atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menunjukan pingat emas pertama negara dalam kategori 55kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC 1, pada Sabtu. - Foto Bernama
Emas pertama...Atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menunjukan pingat emas pertama negara dalam kategori 55kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC 1, pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KEJAYAAN badang negara Mohamad Aniq Kasdan menyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada Sabtu, membawa semangat Keluarga Malaysia yang sama-sama teruja dengan kemenangan itu.

Tinjauan Bernama di media sosial Facebook dan Twitter mendapati, rakyat Malaysia memuji kejayaan badang negara yang beraksi cemerlang pada pentas berprestij itu.

"Kalau dah rezeki tidak ke mana...dan usaha tanpa putus asa akhirnya membuahkan emas pertama Malaysia...Tahniah Aniq Kasdan,” kata Norly Hadi.

"Nervous (gementar). Mengalir air mata. Tahniah Aniq. You make us proud bro (anda buat kami rasa bangga),” kata Mohd Hafiz Bakar.

"Tahniah! Salute (tabik) dengan semangat yang dia tunjukkan sebab beliau bangkit selepas percubaan sebelumnya gagal...terbaik Aniq!,” kata Masniza Mustafar.

"Awesome! I am so touched when I watch the whole game,” (Terbaik!, saya cukup terharu apabila menonton keseluruhan acara) kata Ken Foong menerusi Facebook.

Sementara itu, di Twitter @dearcloud94 menerusi ciapannya "Sebak gila tengok sukan angkat berat tadi, pingat emas pertama kita. I almost thought he couldn’t make it, but he did it. Huge congratulations Aniq. (Saya ingat beliau tidak akan dapat lakukannya tetapi beliau berjaya. Setinggi tahniah Aniq) Ya Allah, tambah sebak dengar pengulas bagi ulasan,” katanya.

"Tahniah Saudara Aniq Kasdan. Berbangga seluruh rakyat Malaysia atas daya usaha dan sumbangan anda. Syabas dan Tahniah,” kata @tanjong_crew.

"Aniq Kasdan itu umur baru 20 tahun. Dah bagi gold medal (pingat emas) untuk Commonwealth Games (CWG). proud! (bangga)...,” kata @farhanabananaFZ.

Terdahulu, atlet berusia 20 tahun dari Johor itu menampilkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas kategori 55kg lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg (snatch 107kg, clean & jerk 142kg). - Bernama