Kadar jenayah di Terengganu meningkat

Aidi (tengah) menjadi saksi penyerahan dokumen serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid (kiri) kepada Pemangkunya, Superintendan Mohd Aluwi Husain (kanan).
Aidi (tengah) menjadi saksi penyerahan dokumen serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid (kiri) kepada Pemangkunya, Superintendan Mohd Aluwi Husain (kanan).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kadar jenayah di Terengganu menunjukkan peningkatan iaitu 55 kes dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 49 kes.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian pecah rumah dan kecurian motosikal merupakan antara kes tertinggi sepanjang tempoh berkenaan, khususnya di dua daerah di Kemaman dan Besut.

"Berikutan itu, kita telah mengarahkan kesemua Ketua Polis Daerah mengadakan operasi secara bersepadu dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

"Kita juga akan cuba mengesan dan menangkap seramai mungkin penagih dadah kerana hasil siasatan mendapati kebanyakan jenayah berlaku didalangi oleh golongan ini.

"Meskipun kadar jenayah menunjukkan peningkatan, tetapi ia masih terkawal," katanya hari ini.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media selepas hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti diantara Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid dengan Superintendan Mohd Aluwi Husain.

Redzuan yang bertugas di Terengganu selama dua tahun, lima bulan, akan menjalankan tugas baharunya di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Bukit Aman.

Artikel Berkaitan: