Demi anak, Bella pertahan rumah tangga

Penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah
Penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah
A
A
A

ISTERI kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah, mendedahkan dia bersama suami kini dalam tempoh bertenang.

Menurut ibu muda berusia 23 tahun itu, mereka sudah hampir sebulan tinggal berasingan.

"Kami ambil masa untuk berjauhan. Ramai tanya saya adakah kami sudah bercerai?

"Benda itu tidak mudah sebab saya akan fikir dari segala aspek termasuk anak dan kedua orang tua saya serta keluarga belah pihak Aliff.

"Bukannya hari ini gaduh esok dah nak berpisah atau selesai. Kita semua perlukan masa dan ruang," jelasnya jujur ketika ditemui sesi fotografi Media Hiburan.

Bella memberitahu sokongan daripada keluarga adalah sangat penting.

"Saya rasa bersyukur sebab ada kedua orang tua yang sangat menyokong kehidupan saya. Bahkan kedua ibu bapa mentua saya juga sangat baik. Maksudnya kita perlukan kekuatan seumpama itu.

"Tipulah kalau siapa cakap bila menyendiri boleh kuat, tak boleh juga sebenarnya.

Artikel Berkaitan:

"Semoga perkara ini menjadi iktibar dalam hidup saya dan mereka yang senasib," katanya lagi.

Pada masa sama Bella berpesan kepada mereka yang senasib dan suka menghimpit hak milik orang agar fikir dengan matang.

"Bagi yang senasib jangan menyendiri, anda perlukan sokongan keluarga dan jangan buat keputusan drastik sebab akan makan diri balik.

"Fikir sebaik-baiknya dan kadang-kala berbincang dengan ahli keluarga dapat tenangkan diri kita. Keluarga itu penting dan fikirkanlah tentang anak.

"Apa pun yang mahu kita lakukan sama ada tersuka dengan suami atau isteri orang, fikirlah ke depan akan risiko yang bakal ditanggung. Melainkan dia betul-betul sah bujang, sambarlah.

"Fikirlah masa depan, ibu bapa kita, kalau kantoi mereka juga akan terpalit sama. Kasihani mereka jangan buat perkara yang tak baik," luahnya tegas.

Penyanyi Sayang Sayang itu dikatakan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Bella mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon, Oktovia Manrose, termasuk ke kelab malam bersama-sama.

Sebelum itu, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon, Afifah Nasir.

Namun, ketika itu Bella memaafkan suaminya dan berusaha membuka lembaran baharu.

Pasangan Bella dan Aliff selamat mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 serta dikurniakan cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun lapan bulan.