PATI di pasar mini, kedai runcit ditahan

Antara PATI yang ditahan dalam operasi berkenaan.
Antara PATI yang ditahan dalam operasi berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasar mini dan kedai runcit di sekitar Meru, Klang, Puncak Alam dan Shah Alam, di sini, yang diusahakan warga asing digempur Jabatan Imigresen Selangor menerusi Ops Bersepadu.

Operasi bermula jam 2 petang, semalam, telah menjalankan pemeriksaan terhadap seramai 42 orang warga asing.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, hasil pemeriksaan telah menahan seramai 20 orang lelaki berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun.

No Image Caption

"Tangkapan melibatkan 13 warga Indonesia, Bangladesh (5 orang), Myanmar (1 orang) dan Pakistan (1 orang).

"Semakan mendapati, warga asing ini terdiri dari pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang terdiri daripada sektor pembuatan, pembinaan, dan perkhidmatan tetapi telah bekerja di lokasi yang tidak dibenarkan dengan sebahagiannya menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk bekerja," katanya dalam satu kenyataan.

No Image Caption

Beliau berkata, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana tamat tempoh pas serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

"Dalam konteks ini, pihak siasatan akan mengesan majikan yang menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan juga mengesan majikan asal pemegang PLKS yang didapati telah melanggar syarat pas yang telah diberikan.

"Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang akan diambil termasuk pendakwaan di mahkamah," katanya.