Tukar Ronald Kiandee tak jejas siasatan PAC

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata demikian kepada pemberita, harini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata demikian kepada pemberita, harini. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pertukaran Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan menjejaskan siasatan kes-kes lalu.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, kes-kes yang telah disiasat jawatankuasa itu sebelum ini tidak perlu disiasat semula malah, Pengerusi baharu juga tiada keperluan untuk memanggil semua saksi yang terlibat.

“PAC tidak perlu memanggil semula semua saksi atau mengulangi siasatan kerana semuanya telah direkodkan dengan baik,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronald Kiandee serahkan kedudukannya kepada PM

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai anggota PAC setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mengekalkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.

Dalam perkembangan lain, mengenai siasatan tuntutan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kontrak pelaksanaan sistem permit masuk kenderaan (VEP), Kah Woh berharap, pihaknya dapat menerusnya siasatan tersebut sehingga selesai.

“Individu terbaik yang boleh membuat keputusan dan cadangan kepada Parlimen mengenai penemuan semua kes pastinya mereka yang telah mengikuti kes dari hari pertama hingga akhir,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, laporan siasatan GST dijangka dibentang minggu depan, iaitu minggu terakhir sidang Dewan Rakyat penggal ini.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, Jabatan Audit akan memberikan taklimat mengenai siasatan tersebut kepada PAC terlebih dahulu.

“Kita akan meneliti jika ada apa-apa yang perlu ditambah atau sesuatu seperti itu dan jika tiada kami akan cuba tutup siasatan dan bentang laporan minggu depan,” katanya.