Dr Streram pemimpin bertaraf hero

Nicole Tan Lee Koon ketika memberi ceramah di perkarangan Bilik Gerakan Utama di Bandar Ekar di sini, malam tadi.
Nicole Tan Lee Koon ketika memberi ceramah di perkarangan Bilik Gerakan Utama di Bandar Ekar di sini, malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH PRK DUN Rantau, Dr S Streram boleh dianggap sebagai pemimpin bertaraf hero kerana pakar bius itu sanggup menggadai nyawa beri rawatan secara percuma di negara Sudan dan Afghanistan.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon berkata, Streram pernah beri khidmat secara percuma kedua negara tersebut.

"Bagi saya dia seorang yang penyayang. Streram juga tidak uar-uarkan kebaikannya pada orang lain.

"Misalnya saya tak pernah tahu yang Streram selalu datang membantu pekerja pembersihan di syarikat guaman saya jika dia sendiri tidak bercerita," katanya ketika memberi ceramah di perkarangan Bilik Gerakan Utama di Bandar Ekar di sini, malam tadi.

Pandangan sama turut disuarakan oleh Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli dalam ceramahnya yang merasakan Streram seorang yang berjiwa lembut dan mempunyai perikemanusiaan yang tinggi.

"Saya kagum dengan beliau. Saya seorang doktor pun tak pernah pergi ke Sudan negara perang. Saya yakin yang Streram akan beri khidmatnya kepada pengundi DUN Rantau seperti mana khidmatnya sebagai pakar bius," katanya.

Beliau berkata, Streram boleh memperoleh pendapatan mencecah sehingga RM100, 000 sebulan jika berkhidmat sebagai doktor di Institut Jantung Negara(IJN), tetapi memilih untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat meskipun tahu gajinya tidak seberapa.

Artikel Berkaitan: