X

Kindly register in order to view this article
!

PH tak halang calon kempen di Bengkel Seri Sembilan

A
A

SEREMBAN - PH tidak menghalang mana-mana calon yang bertanding dalam PRK DUN Rantau untuk mengadakan lawatan atau berkempen di Bengkel Seri Sembilan di Batu 8 Mambau, di sini.

Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad berkata, sebagai kerajaan yang mengamalkan demokrasi semua pihak termasuk parti pembangkang dialu-alukan untuk mengunjung pusat yang menempatkan orang kurang upaya (OKU) itu.

"Tiada masalah bagi mana-mana calon untuk masuk ke sini (Bengkel Seri Sembilan). Kita terbuka.

"Ini lagi baik supaya mereka (pembangkang) dapat lihat sendiri masalah yang dialami penghuni di sini," katanya ketika membuat kunjungan di Bengkel Seri Sembilan di Batu 8 Mambau, di sini, hari ini.

Kunjungan itu turut disertai calon PH, Dr S Streram.

Tambahnya lagi, bengkel yang menempatkan 45 penghuni dari daerah Jelebu dan Jempol yang dinaungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sebelum ini berdepan dengan masalah infrastruktur yang tidak mencukupi.

Katanya, antara penyelesaian yang diharapkan pengurusan dan penghuni bengkel yang diwujudkan lebih 20 tahun lalu itu adalah menaik taraf kemudahan seperti pagar dan bangunan yang lebih selesa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!