Sila log masuk terlebih dahulu.

UMW Toyota Motor teruskan misi sasar neutral karbon

Barisan pengurusan UMW dan UMWT yang menyertai program penanaman pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor pada Sabtu.
Barisan pengurusan UMW dan UMWT yang menyertai program penanaman pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan UMW Holdings (UMW) komited mencapai sasaran neutal karbon menjelang 2025 apabila turut serta menyertai penanaman 1,500 spesis bakau kurap atau Rhizophora Mucronata anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia di Taman Alam Kuala Selangor pada Sabtu.

Seramai 80 peserta terdiri kakitangan syarikat itu bersama pelajar dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang menyertai program penanaman itu dan diberikan pendedahan kepentingan fungsi paya bakau kepada alam sekitar dan habitat.

Program itu juga merupakan sebahagian UMW Green Shoots Initiative (UGS) selari dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula daripada tahun 2021 hingga 2025 di peringkat kebangsaan.

Pengarah Pelanggan Diutamakan Kumpulan, Faraed Mohd Sharif berkata, UMW dan UMWT telah menanam hampir 40,000 jenis pokok dan menyasarkan penanaman sehingga 300,000 pokok dalam tempoh dua tahun ke arah sasaran zero karbon.

Menurutnya, program itu merupakan komitmen Toyota bagi mencapai sasaran neutraliti karbon menjelang 2050 melalui aktiviti yang mengimbangi pelepasan karbon dioksida.

Antara peserta yang menyertai program tanaman pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor pada Sabtu.
Antara peserta yang menyertai program tanaman pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor pada Sabtu.

"Kami juga menjadikan Matlamat Pembangunan Mampan sebahagian daripada garis panduan operasi kami bagi mencapai neutraliti karbon.

"Melangkah ke hadapan, kami memfokuskan kepada menyediakan Mobiliti Untuk Semua mencipta kenderaan bersifat bebas, selamat dan mesra alam," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, UMW Toyota Motor akan terus melibatkan diri dalam aktiviti kelestarian alam dan penanaman pokok di dua lokasi pada tahun ini.

Selain itu katanya, pihak syarikat turut meletakkan sasaran pengurangan karbon dioksida daripada aktiviti logistik dan kemudahan pemasangannya menerusi pelan tindakan alam sekitar Toyota, melalui pemasangan panel solar 2MW.