4,759 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Negara merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 iaitu 4,759 pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,659,710 kes.

Berdasarkan portal CovidNow, jumlah kes aktif juga merekodkan 46,260 kes.

Kes baharu yang direkodkan bagi negeri-negeri masing-masing adalah 1,840 bagi Kuala Lumpur; Selangor (1,447), Perak (223), Pulau Pinang (211), Sabah (209), Negeri Sembilan (170), Kedah (130), Melaka (103), Sarawak (95), Johor (74), Kelantan (73), Putrajaya (59), Pahang (47), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (14).

Sementara itu, sembilan lagi kematian turut direkodkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sebanyak dua kematian direkodkan di Perak, manakala masing-masing satu di Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Turut direkodkan sebanyak 1,477 pesakit sedang menerima rawatan di hospital dengan 52 daripada mereka berada di unit rawatan rapi.

Selain itu, data semalam juga menunjukkan 4,806 kes sembuh.