LANGSUNG: Peserta Himpunan ICERD mulai masuk Dataran Merdeka

A
A

KUALA LUMPUR - Himpunan aman susulan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijangka mengambil tempat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk Dataran Merdeka dan pekarangan kompleks beli-belah Sogo.

Perhimpunan ini dijangka bermula jam 2 petang nanti.

Tinjauan Sinar Harian di sebelah pagi mendapati kawasan utama iaitu di Dataran Merdeka sudah kelihatan peserta yang mula memasuki kawasan berkenaan.

Keadaan ketika ini tenang dan kelihatan Unit Amal Pas bersiap siaga mengawal keadaan.

Namun, bermula pada jam 2 petang peserta kini mula berhimpun di beberapa lokasi. Ikuti perkembangan terkini perhimpunan ini.

11.49 pagi: Para peserta Himpunan ICERD mulai membanjiri Dataran Merdeka. Mereka lengkap berpakaian serba putih.

12.05 tengah hari: Unit Amal Pas telah bersiap siaga bagi memastikan kelancaran Himpunan ICERD.

12.06 tengah hari: Para peniaga turut memeriahkan suasana Himpunan ICERD.

12.11 tengah hari: Mungkin sebagai tanda ingatan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lagu 1 Malaysia dinyanyikan beramai-ramai.

12.30 tengah hari: Kesesakan di pintu keluar LRT Masjid Jamek

12.43 tengah hari: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Masjid Negara.

12.50 tengah hari: Ruang-ruang di Dataran Merdeka sudah mulai sesak dengan kebanjiran para peserta Himpunan ICERD .

12.50 Tengah hari:Kain Rentang Pemuda Umno Segambut dengan tiga mesej berbeza di Masjid Jamek.

12.54 petang: Kelihatan bendera Umno dipakai peserta di Masjid Jamek

12:58 petang: Para peserta Himpunan ICERD mengambil wuduk sebagai persediaan untuk solat secara jemaah di Dataran Merdeka.

1.00 petang: Wakil Pertubuhan Penggiat Alam Melayu (Pernilam), Kluang lengkap berbusana sedondon turut hadir ke Himpunam ICERD di Masjid Jamek

1.05 petang: Penganjur mengingatkan peserta Himpunan ICERD di Masjid Jamek agar tidak lupa menunaikan solat Zohor.

1.10 petang: Para peserta sama ada muslimin dan muslimat bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Dataran Merdeka.

1.16 petang: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengimamkan solat Zohor bersama peserta Himpunan ICERD.

1.17petang: Uncle Selva dari Nilai bersama beberapa rakannya membantu mengutip sampah di sekitar kawasan Himpunan ICERD di Masjid Jamek.

1.17pm: Kelihatan peserta Himpunan ICERD turut mengutip derma untuk tahfiz.

1.24 petang: Kelihatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Masjid Jamek.

1.25 petang: Kelihatan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan tiba di lokasi Himpunan ICERD, Masjid Jamek.

1.29 petang: Exco Pemuda Umno, Papagomo kelihatan melayan permintaan bergambar.

1.34 petang: Kelihatan peserta dan Petugas Unit Amal Himpunan ICERD menunaikan solat Zohor di kaki lima sekitar Masjid Jamek.

1.38 petang: Suasana di persimpangan Dataran Merdeka. Sebahagian peserta dari Masjid Jamek sudah mula bergerak.

1.39 petang : Peserta Himpunan ICERD di pekarangan Kompleks Sogo melaungkan 'Hidup Hidup! Hidup Islam! Hidup Hidup! Hidup Rakyat! Bantah Bantah! ICERD! Tolak Tolak! Tolak ICERD!

1.40 petang: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tiba di Dataran Merdeka.

1.40 petang: Exco Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menyambut peserta Himpunan ICERD

1.44 petang: Sebahagian lagi peserta Himpunan ICERD bergerak ke Dataran Merdeka.

1.47 petang: Peserta yang memenuhi Dataran Merdeka bersama-sama berselawat.

1.49 petang: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) mencuri tumpuan peserta himpunan sebai tiba di Dataran Merdeka.

z16
z16

1.50 petang: Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof tiba di Dataran Merdeka

1.55 petang: Peserta Himpunan ICERD di pekarangan Kompleks Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka

2.00 petang: Tepukan gemuruh peserta di Dataran Merdeka untuk DBKL dan polis atas kerjasama diberikan kepada Himpunan ICERD.

2.05 petang: Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tiba di Dataran Merdeka.

z16-(2)
z16-(2)

2.12 petang: Pimpinan bagi setiap parti sudah tiba di pentas utama

2.15 petang: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Masjid Jamek

2.46 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Dataran Merdeka

z20
z20

3.00 petang: Peserta himpunan dihadapan pentas utama

z20-(1)
z20-(1)

3.12 petang - Penganjur mengingatkan peserta Himpunan ICERD agar menjaga harta benda awam dan landskap sekitar Dataran Merdeka.

zahid2
zahid2

4.00 Petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di pentas utama

z26
z26

4.40petang - Hujan mulai turun namun peserta masih tidak berganjak.