Covid-19: 3,300 kes baharu, sembilan kematian

Jumlah kumulatif Covid-19 meningkat kepada 4.654 juta kes sejak pandemik melanda negara. Foto hiasan
Jumlah kumulatif Covid-19 meningkat kepada 4.654 juta kes sejak pandemik melanda negara. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak sembilan kematian baharu akibat Covid-19 termasuk tiga melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID) direkodkan pada Isnin.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, angka jangkitan kes baharu pula meningkat kepada 3,300 berbanding 2,720 kes pada hari sebelumnya.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 meningkat kepada 4.654 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 di Malaysia merekodkan mencatatkan penurunan sebanyak 1,936 kes dengan jumlah terkini 46,316 kes.

Menurut data yang dikongsikan itu, sebanyak 96.6 peratus daripada kes aktif atau 44,732 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Terdapat 1,512 kes dirawat di hospital dengan 51 kini ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.