Bukan bubar AIM tapi anak syarikat

gh
gh
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan tidak akan membubarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebaliknya menutup anak syarikat di bawah institusi kewangan tersebut.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Radzi Jidin berkata, pemimpin BN diminta tidak mengelirukan rakyat berhubung isu itu kerana AIM masih berfungsi seperti biasa.

Menurutnya, isu yang timbul ialah Jabatan Perdana Menteri menyemak semula penubuhan anak syarikat kerana timbul isu pentadbiran yang melibatkan perlanggaran Akta Pemegang Amanah.

"Pembubaran ini dibuat bukan kerana dendam, sebaliknya langkah diambil kerana AIM tidak boleh memiliki anak syarikat.

"Percaya sangatlah cakap BN, konon kita bubar institusi kewangan yang bantu Bumiputera sedangkan penunuhan anak syarikat itu sendiri menyalahi undang-undang," katanya, selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh dan Klinik Kesihatan Ketereh, tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aim: Kenapa sekarang baru nak persoal]

Artikel Berkaitan: