Pertukaran status OKU bermula 1 Mei

Rauhaini
Rauhaini
A
A
A

IPOH - Ibu bapa boleh membuat pertukaran status anak masing-masing daripada kategori orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran kepada OKU Pembelajaran sahaja mulai 1 Mei depan.

Pengarah JKM Perak, Ruhaini Zawawi berkata, pertukaran berkenaan boleh dibuat di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhampiran.ai 1 Mei depan.

"Tiada tempoh masa yang kita tetapkan bagi pertukaran ini dan ianya berterusan.

"Bagaimanapun, pertukaran berkenaan bukanlah pertukaran berkenaan bukanlah sesuatu yang diwajibkan bagi yang tidak membuat pertukaran," katanya.

Ruhaini berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing, Howard Lee Chuan How (Pembangunan Belia dan Sukan Perak) dan

Presiden Autism Rangers Perak, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed.

Sementara itu May Ing mengharapkan agar ibu bapa sentiasa memantau perkembangan nak masing-masing sejak dilahirkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika anak ada menunjukkan sebarang tanda yang menunjukkan sebagai autisme, ibu bapa perlu segera merujuk kepada pihak JKM atau ke hospital.

"Ramai ibu bapa yang tak sedar walaupun anak dah bagi signal. Boleh hubungi JKM.

"Ada juga ibu bapa yang malu ada anak autisme ini dan tidak mahu orang luar tahu.

"Oleh itu kita berharap agar orang ramai dapa bersama-sama membangunkan kesedaran berhubung anak-anak autisme ini," katanya.