18 warga asing ditahan di sembilan lokasi

Warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu petang semalam.
Warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 18 daripada 74 warga asing yang diperiksa ditahan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang petang semalam.

Timbalan penolong pengarahnya, Izham Idris berkata, sembilan lokasi diserbu iaitu empat di bahagian pulau dan selebihnya di Perai.

Menurutnya, daripada jumlah yang diperiksa, 56 warga asing dilepaskan kerana mempunyai pas dan permit untuk bekerja di negara ini.

"Operasi diadakan bermula jam 2 petang dengan melibatkan 18 orang pegawai JIM Pulau Pinang. Kita bermula di sebuah kafe di Jelutong dan memeriksa lapan warga asing. Dua ditahan iaitu dua wanita Indonesia.

"Lokasi kedua adalah sebuah pusat urut di Lorong Selamat dengan 11 diperiksa namun tiada tangkapan. Lokasi seterusnya adalah di sebuah lagi pusat urut di Jalan Argyll dengan 17 diperiksa, juga tiada tangkapan," katanya ketika dihubungi tadi.

Warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu petang semalam.
Warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu petang semalam.

Tambahnya, dalam operasi sama, dua lelaki Sri Lanka ditahan di kaunter bahagian penguat kuasa JIM Pulau Pinang di Perai.

"Lokasi seterusnya adalah di sebuah kedai tomyam di Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas yang mana, tujuh diperiksa dan lima daripadanya iaitu warga Thailand ditahan. Sebuah lagi kedai tomyam di Permatang Pauh diserbu dengan tujuh warga asing diperiksa.

Artikel Berkaitan:

"Ketujuh-tujuh mereka juga warga Thailand turut ditahan. Lokasi ketujuh adalah sebuah restoran di Bukit Mertajam dengan seorang lelaki Thailand ditahan. Serbuan diteruskan ke sebuah rumah teres di Taman Seri Rambai namun tiada tangkapan," katanya.

Tambahnya, lokasi terakhir adalah sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Kerjasama di Bukit Mertajam.

"Lima warga asing diperiksa dan seorang ditahan menjadikan jumlah keseluruhan yang diperiksa adalah 74 orang dan 18 daripadanya ditahan. Mereka adalah dua wanita Indonesia, dua lelaki Sri Lanka, 13 Thailand dan seorang lelaki Myanmar.

"Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal dan berada di negara ini tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa di negara ini," katanya.