Wanita maut dilanggar ketika melintas

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas dilanggar kenderaan di Kilometer 7 Lebuhraya Persekutuan pada Ahad.
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas dilanggar kenderaan di Kilometer 7 Lebuhraya Persekutuan pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita maut dilanggar kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 7 Lebuhraya Persekutuan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.11 malam.

"Mangsa yang berumur 33 tahun itu dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti ketika sedang melintas.

"Kenderaan terbabit yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Akibat kejadian itu katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

"Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.