'Saya bukan MB, buat apa isytihar harta?

Mohamad ketika bercakap kepada pemberita, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
Mohamad ketika bercakap kepada pemberita, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan tiada keperluan untuk beliau mengisytiharkan harta setelah tidak lagi bergelar Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, menurut Mohamad, pengisytiharan harta sebenarnya bukan perkara baharu kerana pernah dipratikkan ketika zaman pentadbiran BN.

"Saya setiap penggal isytihar harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pergilah semak dengan mereka. Setiap tahun saya kena isytihar harta, bukan saja-saja jadi Menteri Besar.

ARTIKEL BERKAITAN: PH takkan biar BN skor hatrik: Saifuddin Nasution

"Sekarang saya sudah tidak jadi Menteri Besar tak pegang jawatan, tidak perlu isytihar harta.

"Lagipun harta saya makin lama makin susut tidak bertambah, saya terpaksa jual rumah, jual kereta dan jual tanah untuk kurangkan komitmen kerana tidak ada pendapatan. Cuma pencen dan elaun wakil rakyat sahaja," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN, di sini, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mempersoalkan Mohamad yang tidak mengisytiharkan harta, berbanding calon PH, Dr S Streram dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang telah melakukannya.

Menurut Mohamad, beliau tidak nampak relevan pengisytiharan harta dengan PRK DUN Rantau.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang hendak dibuktikan? Tapi bagi pihak sana (PH) pengisytiharan harta itu perlu kerana mereka sudah jadi kerajaan.

"Macam Saifuddin itu perlu sebab dia menteri, tapi kalau Streram nak isytihar harta dia untuk apa? Tiada keperluan pun," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad tidak mahu masuk campur dengan janji bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron untuk menghadiahkan dua ekor kambing untuk dibuat kenduri jika BN menang di sebuah daerah mengundi DUN Rantau.

"Itu salah, tidak boleh janji macam itu. Itu dia janji lantak dialah. Nanti dia kita 'kambingkan'," katanya.