Bukan hanya tugas jabatan kesihatan bendung denggi

Low Chee Leong
Low Chee Leong
A
A
A

MELAKA TENGAH - Peranan membendung kes denggi bukan hanya terletak kepada jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah semata-mata, malah masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran dan tidak mengambil mudah dengan gejala ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong berkata, beliau kecewa apabila setiap kali lawatan dibuat ke setiap rumah, penghuni seperti tidak terkesan dengan angka tiga kematian akibat denggi tahun ini.

"Setakat ini sebanyak 530 kes denggi dicatatkan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dan jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 381 kes berbanding hanya 149 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, daerah Melaka Tengah mencatatkan kes denggi tertinggi dengan 397 kes, diikuti Alor Gajah (73 kes), manakala daerah Jasin (60 kes) selain terdapat 37 lokaliti wabak dikesan di negeri ini," katanya.

Menurutnya, daripada keseluruhan lokaliti wabak yang dikesan, hanya lapan dilaporkan masih aktif sementara kawasan yang lain telah tamat.

"Saya berharap masyarakat dapat bersama-sama membanteras denggi bagi memastikan kawasan masing-masing bebas ancaman wabak berbahaya itu," katanya.

Lokaliti wabak dikenal pasti termasuk Taman Ayer Keroh Heights, Taman Tasik Utama, Taman Tasik Utama C, Taman Maju Fasa 4, Lorong Bukit Piatu 1, Taman Melaka Perdana, Taman Saujana Indah dan Taman Limbongan Permai.

Artikel Berkaitan: