Selangor jadikan Sungai Melaka sebagai contoh

Amiruddin (lima, kanan) bergambar bersama sebahagian Exco Melaka selepas majlis Makan Malam bersama Kerajaan Melaka di Casa Del Rio, Kota Laksamana, di sini, malam tadi.
Amiruddin (lima, kanan) bergambar bersama sebahagian Exco Melaka selepas majlis Makan Malam bersama Kerajaan Melaka di Casa Del Rio, Kota Laksamana, di sini, malam tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Selangor akan menjadikan Sungai Melaka sebagai contoh terbaik membangunkan Sungai Klang menerusi Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pengantian 2035.

Menteri Besarnya, Amiruddin Shaari berkata, usaha ini bertepatan dengan tiga tujuan utama bagi membersihkan sungai, mengindahkan sungai dan membangunkan kawasan pesisiran sungai agar Sungai Klang dapat ditransformasikan kepada lebih baik dan dapat dipertingkatkan dari segi kualiti air.

Katanya, usaha untuk mentransformasikan sungai itu berbeza sedikit dengan Melaka yang lebih memfokuskan sungai kepada sektor pelancongan, manakala Selangor mahu menjadi Sungai Klang sebagai alternatif pengangkutan awam sekali gus langkah strategik membantu penguraian trafik di kawasan itu.

"Saya melihat kejayaan Sungai Melaka sebagai daya tarikan baharu, Selangor memang ada pelan untuk membangunkan Sungai Klang, kita melihat pendekatan mereka (Melaka) untuk mengubah Sungai Melaka berjaya ditransformasikan, dipandang indah dan tidak diperlekehkan kepada kawasan yang membangun.

"Namun bukan sebulat untuk meniru, kita nak melihat kerana potensinya berbeza tapi cara dan kaedah sama, di Selongor lebih kepada kawasan pembagunan dan mungkin kawasan pengangkutan baharu untuk elak kesesakan, tapi Melaka lebih kepada pelancongan," katanya.

Amiruddin berkata demikian selepas majlis Makan Malam bersama Kerajaan Negeri Melaka di Casa Del Rio, Kota Laksmana, di sini, malam tadi.

Amiruddin yang juga ADUN Sungai Tua berkata, pelan bagi membangunkan Sungai Klang telah bermula sejak 2009 namun disebabkan autoriti kerajaan negeri dan persekutuan yang berbeza menyebabkan pelaksanaan pembangunan di sungai itu tidak dapat dilaksanakan.

Menurutnya beliau harus merangka beberapa 'blueprint' yang komprehensif memandangkan projek pembangunan itu akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi persekutuan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli selain juga Kementerian Wilayah Persekutuan kerana turut membabitkan negeri bersebelahan iaitu Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Dulu kita berdepan sedikit masalah kerana pengurusan negeri dan kerajaan persekutuan yang berbeza, namun sekarang ini adalah peluang yang terbaik dan sudah pasti hubungan baik kedua-dua kerajaan harus diambil tanggungjawab," katanya.

Amiruddin yang berada di Melaka sejak Ahad lalu bagi program retreat bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan negeri itu.