'Senyap' sebab susun strategi: Mohd Nor

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Calon Bebas PRK DUN Rantau, Mohd Nor Yassin yang dilihat seperti 'bersembunyi' selepas terpalit dengan kontroversi berhubung keahliannya dalam parti Amanah, rupa-rupanya sedang merangka strategi kempennya.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian, meminta media untuk menunggu beberapa hari lagi kerana kini sedang sibuk menyusun manifestonya.

"Saya tengah kemas kini gerak kerja kempen dan akan lancarkan manifesto saya sendiri di Rantau.

"Tunggulah dalam sehari dua lagi, saya akan beritahu," katanya.

Menurutnya, buat masa ini beliau berkempen dalam bilangan kecil dan lebih bersifat dalaman.

Mohd Nor Yassin yang pernah bertanding mewakili Pas bagi merebut kerusi DUN Gemencheh pada PRU13 didakwa merupakan ahli Amanah selepas gambarnya menerima sijil keahlian daripada Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani.

Namun beliau ketika dihubungi media, enggan mengulas keahliannya itu.

Terdahulu Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam satu kenyataan mengesahkan Mohd Nor adalah ahli baharu parti itu berdasarkan semakan keahlian parti.

Artikel Berkaitan:

Katanya, menurut tatacara perlembagaan Amanah, jawatankuasa pengurusan Amanah akan mencadangkan pemecatan keahlian Mohd Nor Yassin kepada jawatankuasa tatatertib parti kerana bertanding tanpa menerima watikah pelantikan calon daripada parti.